Borang Tempahan T-shirt Anti My Ex?!!!!

online counter

Followers

Friday, July 30, 2010

Bulan Syaban

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban.”

Huraian

1. syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan syaaban itu ialah bulan syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.


Yang Benar,

Kecewa dan Cara Mengatasinya

Kita semua pernah merasakan kecewa...

Selepas kita merasakan bahagia yang boleh di katakan hanya sementara sahaja....
dan saya pasti antara 80% yang memasuki group ini kerana kecewa dan cuba menunjukkan protes terhadap EX mereka....

Percayala.... kekecewaan yang kita alami sekarang tidak seberat mana yang perlu kita tanggung pada akan datang....
apa yang kita perlukan pada saat kekecewaan ini.. adalah ketahanan mental dan fizikal kita..
dan perkara yang patut kita pelajari dari awal percintaan ialah "kita tak selama nya bahagia... ada masa kita rasa kecewa.... dan kita perlukan backup dengan benda ini semua"

Saya percaya.. bukan semua orang bersedia dengan benda ini semua... tambah lagi kita ini masih dalam lingkungan muda... hidup tak perlu dianggap sesuatu yang serius.....
tapi kita boleh mempersoalkan diri kita... sampai bila kita hendak menjadi orng tidak bersedia sepanjang masa???

Jadi apabila kita dalam kekecewaan perkara yang perlu kita lakukan:

1) berhadapanlah dengan kekecewaan tersebut.... hadapinya.. rasainya... dalami nya... kerana dari situ.. kita akan faham.. untuk hargai cinta yang akan datang

2) kemaskini pemikiran supaya tidak tunduk dengan nafsu kecewa!.... lawan!... dan kita perlu lawan.. jika kita hendak bersedih pasti kan itu adalah tangisan terakhir!

3) INGAT ALLAH.... CINTA KITA PATUT LEBIH PADA DIA! BUKAN PADA MEREKA YANG TAK PATUT

4) kongsikan cerita sedih anda dengan teman-teman yang rapat dengan anda ataupun dengan keluarga anda.... cerita satu persatu! lepaskan rasa yang terpendam

5) tido!..... dan bangun esoknya.... dengan hebusan semangat yang baru! dengan hela ketawa yang baru... dengan senyuman yang baru!...

6) (rahsia saya selalu gunakan) memaafkan kesalahan mereka! sesungguh memaafkan orang itu umpama cahaya yang menerangi bilik yang gelap gelita pada mulanya.... dan tarik nafas panjang2x..........

walau pape pun saya percaya kita semua ada care tersendiri untuk melepaskan kekecewaan kita!

DAN PASTIKAN KITA SUDAH LEPASI KEKECEWAAN KITA! DAN MULA MENDAKI PUNCAK BAHAGIA! GOOD LUCK FANS ANTI MY EX?!!!


Yang Benar,

Friday, July 2, 2010

GATHERING at Pengkalan Balak, Melaka...

salam all...esk 3rd julai kn..so esk ada gath..sape nk polo??huhu..jom la g ramai2..hihihi~..

kmi stay kt CHALET CAHAYA PERDANA...hah...cr la ek sndri..even gath nih x ramai..tp pape pon nih akn jadi 1 gath yg sempoi..len kli pnye gath..hope korg sume dtg la ek..

owh yee...3-4 julai kmi di sana..hihi..ada games..ada gift2..bj dlm perbincangan..maybe akn wat pas gath..sape2 nk bj...kami akn polo up kn dlm nih..ok sume??

pastuh bj tuh akn menjdi sungguh kacak..hihihi...

ok la..smpai cni je..salam..tc


Yang Benar,

Jom Kongsi Link Di Sini