Borang Tempahan T-shirt Anti My Ex?!!!!

online counter

Followers

Wednesday, September 1, 2010

Susahkah Menjadi Wanita Islam??... Luangkan sedikit masa membaca untuk mengetahuinya..


Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??

Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^



Yang Benar,

Utusan Ramadhan Buat Fans Anti My Ex?!!!!

Assalammualaikum..
Terlalu cepat masa berlalu, pejam celik begitu cepat kita akan meninggalkan ramadhan al-mubarak...Seperti biasa pada bulan ramadhan ini marila kita sama-sama berlumba-lumba untuk mengejar kebaikan dan meninggalkan segala pekara yang salah yang pernah kita lakukan moga-moga ramadhan menjadi langkah pertama kita untuk berubah..
Pada mereka yang masih berdendam moga-moga kita tarasa surut dengan kemarahan kita berkat dari ramadhan..Dan pada mereka yang membuat salah (menipu, membohong, memperdayakan orang) moga-moga kita cepat sedar dengan kesalahan kita dan tanpa segan silu kita meminta maap dengan orang lain juga.
Saya selaku wakil bagi admin-admin page ini ingin memohon maap kepada semua fans page ini jika andai kata seorang dari kami ada mengguris hati anda semua.. maapkan kami sesungguhnya kami tidak begitu sempurna..
 
Malah kami juga inginkan anda terus menyemarakkan lagi bulan ramadhan ini dengan menceritakan kisah indah anda di bulan ramadhan...
Jadi dengan ini saya menghulur 10 jari tanda kemaafan jika ada yang rasa kami melakukan kesalahan...
Tegur la kami jika kami mengguris hati anda...
Moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan pada kita semua insya-Allah


Yang Benar,

Jom Kongsi Link Di Sini