Borang Tempahan T-shirt Anti My Ex?!!!!

online counter

Followers

Tuesday, August 10, 2010

Contest Riang Ria Raya Bersama Group Anti My Ex?!!!!

Bermula 11.08.2010 kami ADMIN Anti My Ex menganjurkan Contest yang diberi nama "Contest Riang Ria Raya Bersama Group Anti My Ex?!!!!". Contest ini akan berlangsung dari 11 Ogos 2010 sehingga 5 September 2010 jam 5 petang.

Cara Menyertai Contest :

1) Jadi fans group Anti My Ex?!!!! di Facebook. 
2) Hantarkan foto anda di Hari Raya Aidilfitri ke emel penganjur : anti_myex@yahoo.com. Gambar WAJIB dihantar ke emel penganjur, upload terus di fans page tidak akan diterima.
3) Sertakan nama FB, nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), no kad pengenalan, umur, emel, no telefon & alamat. (No kad pengenalan, no telefon & alamat tidak akan dipamerkan)
4) Lengkapkan slogan :
"Saya ingin memenangi Contest Riang Ria Raya Bersama Group Anti My Ex?!!!! kerana ......... (tidak lebih 20 patah perkataan)"

Bagaimana untuk Menang :

1) Pemenang dengan undian 'LIKE' terbanyak pada foto akan dikira sebagai pemenang utama (minumum 50 undi)

Hadiah :

Pertama : RM 70
Kedua : RM 50
Ketiga : RM 30

Terma dan Syarat Penyertaan : 

1) Penyertaan adalah terbuka kepada semua Wanganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. ADMIN tidak layak untuk bertanding.
2) Foto yang dihantar MESTILAH foto peserta di Hari Raya Aidilfitri. Foto yang tiada kaitan dengan tema tidak akan diterima.
3) Foto TIDAK dibenarkan diedit, sila hantar foto asal sahaja.
4) Seorang peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
5) Emelkan foto ke emel penganjur: anti_myex@yahoo.com
6) Bersama-sama foto, peserta WAJIB menyertakan nama FB, nama penuh seperti dalam kad pengenalan, no kad pengenalan, umur, emel, no telefon dan alamat.
7) Sebarang link, spam tidak dibenarkan sama sekali diletakkan di komen, wall fans page.
8) Nama pemenang akan disiarkan di fans page Anti My Ex?!!!! dan blog Anti My Ex?!!!!
9) Pihak penganjur berhak untuk menggunakan nama dan foto pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan tanpa sebarang pemberitahuan.
10) Keputusan juri adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.Pemenang akan dihubungi melalui emel dan telefon. Sekiranya tidak ada sebarang respond dari pemenang dalam tempoh 3 hari, penganjur berhak memilih pemenang yang lain tanpa sebrang pemberitahuan.
11) Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa sebarang pemberitahuan.
12) Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati terdapat penyelewengan undian.

Hantarkan foto anda di hari raya mulai SEKARANG, bermula 11 Ogos 2010 kami akan upload foto peserta di album Anti My Ex... GOOD LUCK!!! 



p/s : contest ini dijalankan sepenuhnya di Facebook. So sesiapa ada facebook boleh la join ini ok. Jom pakat ramai-ramai join. Sebarang pertanyaan leh dihantar kan di komen entri ini. 

Yang Benar,

utusan ramadhan dari admin kepada fans Anti My EX?!!!!

assalammualaikum..

terlalu cepat masa berlalu, pejam celik begitu cepat kita akan menghampiri ramadhan al-mubarak...
seperti biasa pada bulan ramadhan ini marila kita sama-sama berlumba-lumba untuk mengejar kebaikan dan meninggalkan segala pekara yang salah yang pernah kita lakukan moga-moga ramadhan menjadi langkah pertama kita untuk berubah..

pada mereka yang masih berdendam moga-moga kita tarasa surut dengan kemarahan kita berkat dari ramadhan..
dan pada mereka yang membuat salah (menipu, membohong, memperdayakan orang) moga-moga kita cepat sedar dengan kesalahan kita dan tanpa segan silu kita meminta maap dengan orang lain juga.

saya selaku wakil bagi admin-admin page ini ingin memohon maap kepada semua fans page ini jika andai kata seorang dari kami ada mengguris hati anda semua..
maapkan kami sesungguhnya kami tidak begitu sempurna..

malah kami juga inginkan anda terus menyemarakkan lagi bulan ramadhan ini dengan menceritakan kisah indah anda di bulan ramadhan...

jadi dengan ini saya menghulur 10 jari tanda kemaafan jika ada yang rasa kami melakukan kesalahan...
tegur la kami jika kami mengguris hati anda...

moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan pada kita semua insya-Allah

Yang Benar,

Sunday, August 8, 2010

Contest Anti My Ex


 Salam, dear follower, blogger & pembaca setia sekalian. Today saya nak bagitahu uolls semua kami dari group Anti My Ex akan mengadakan 1 contest sempena Hari Raya yang akan menjelang. So, untuk butiran lanjut beserta syarat-syarat penyertaan tunggu kan entri seterusnya esok k.


Yang Benar,

Saturday, August 7, 2010

Susahkah menjadi wanita Islam??

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^

-copy from Anti My Ex Group

Yang Benar,

Thursday, August 5, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad
Profile: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776

p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..


Yang Benar,

Jom Kongsi Link Di Sini